Friday, April 2, 2010

Why I Ride

Memandang saya selalu lebih gemar dgn cuaca panas terik daripada cuaca hujan, telah berkali-kali saya ditegur orang supaya memandu kereta agar lebih selamat di jalan raya berbandingkan dgn menunggang motosikal.


Di sini, saya akan menerangkan mengapa saya lebih gemar menunggang motosikal.


Saya tidak mempunyai lesen kelas 3. Saya hidup sederhana. Bak pepatah sahabat saya ah-lan, kais pagi, makan pagi. Kais petang, enjoi malam. Saya tidak mampu nak menanggung perbelanjaan kereta.


Ade orang pulak cakap, kereta sekarang bukan mahal sangat. $0 DP, bulanan bayar lagi murah dari motosikal berkuasa tinggi. ISAP AR. Tak kira duit parking kat rumah, duit parking kat luar, duit ERP, duit minyak, duit maintenance, duit insurance, duit road tax. Ingat beli kereta setakat bayar duit installment ke?


pegedaaaahh jack.


Lagipon, saya tidak ingin menambahkan lagi kesesakan jalanraya yg sudah amat parah bagi saya ni. Waktu dahulu, bila saya baru menunggang motosikal pada umur 18, kalau ade kemalangan jalanraya baru ade traffic jam.


Skg, hehhhh, sikit-sikit jam. Pukul 6.30 pagi pon boleh jam. Saya ni pulak orangnyer kurang sabar. Pergi mana-mana pon nak cepat aje. Kalau kereta tu saya boleh pandu senget atas dua tayar selit tengah lori ok jugak.


Dah gitu takpe, kalau ade kereta pon, sebesar-besar kereta tu, nanti yg bawak saya sorang. Lain lah kalau ade lobang 'carpooling' kan. Baru muai.


Kalau nak setakat plate merah untuk keluar hujung minggu ngan family atau kengkawan pon kurang muai. Lain lah kalau start keje kul 7 abis keje kul 7. Kalau tak, bawak hujung minggu, lagi 5 hari kereta collect habuk. Habuk kalau boleh jual ikut timbang takpe jugak. Ni tak, habuk dah collect tebal macam makeup minahrep, aku jugak kena cuci.


Hmmm harga minyak skg pon main peranan besar. Dulu, bila baru pass lesen, harga V-POWER baru $1.30 tak silap. Skg.. HEHHHH.. Power 95 aje dah $1.70. Minyak makin mahal kalau kereta boleh terbang takpe jugak. Ni minyak makin power, jam melebih. Tekan minyak siket, balas brake. Tekan minyak sket, balas brake.


Memang lah glamor bawak kereta. Pernah jugak kena sound, 'Kan senang bawak matair jalan2 naik kereta. Tak bahaye mcm naik motor.' Erm, sapa kata dia tompang motor? Kita go public sey. Park motor bwh blk dier, naik jumpa mak bapak bwk dier kluar. Takde alasan nak pulang lewat. Kurangkan maksiat! <-- ni part cfm aku jadi feveret makcik2. baik kepe trick.


Anyway, bab bahaye bwk motor tu memang sentiasa ade lah. Nak lari dari ajal? Nak lari kemana? Kalau dah times up tu times up lah jugak. Baik kau bawak motor ke, kereta ke, lori ke, kereta tank ke. Dlm bas 67 pegi Tampines pon boleh temu ajal kan? Sedangkan Superman boleh kena injured, apa lagi kita manusia biase. kan? hmmm.. kan?


Tapi, biar aku yg mati kena langgar dgn kereta, dari aku bwk kereta tanggung langgar bunuh anak orang. Pasal ni lah jugak, aku naik motor tak tompang orang skg. In case kena langgar, biar sorang. Manalah tahu kan nasib.


Bnyk jugak drebar makan roti bongok pagi-pagi skg. Nampak gaya segak, berpelajaran. Pakai kot, dgn tie. Kerete BMW. Tapi tukar lane tak signal. chet! khrak ptui! Dpt tangkap satu, konfirm aku kencingkan kepala dia cukup2.


Bukan nak cakap habis aku tak akan nvr ever beli kereta drive lah kan. Masa depan kalau ada keluarga sendiri manalah tahu. Kalau anak 5 ke ape kan? Kalau cukup syarat, keperluan memadai pada waktu tu, Insyallah kalau mampu.


Buat waktu sekarang ni, cukuplah dgn motosikal yg ada ni skg. Mmng bes lah bawak motor. Nak cakap pon tak terkata. Kebebasan dier semacam. Dah minat kan.


Tu motor jugak lah bawak aku pegi balek kerja carik rezki. Hahh, nak pandang rendah aku takde kereta?


Fine loh~

No comments:

Post a Comment